TIPS MENJAGA KECANTIKAN DAN KEPUTIHAN GIGI

Suci Fatmawati
XIipa3

Tahukah anda?? Gigi adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan kite. Tanpa gigi mungkin kita akan sukar untuk mengunyah makanan sebelum menelannya masuk kedalam perut. Selain itu, gigi juga merupakan asset kecantikkan pada setiap manusia. Sebab itu kita harus tahu bagaimana cara menjaga kecantikkan dan keputihan gigi. Selain dengan kaedah moden, penggunaan bahan-bahan semula jadi juga boleh membantu anda untuk memdapatkan gigi yang cantik dan menawan.
Kenali Masalah Gigi
Tidak semua kotoran di gigi disebabkan masalah yang sama. Oleh itu, ia memerlukan rawatan yang berbeza dan tidak ada satu cara pemutihan gigi yang boleh mengatasi semuanya.
Dapatkan nasihat dari doktor atau pakar gigi yang bertauliah tentang masalah gigi anda serta pemilihan makanan, minuman dan rutin penjagaan gigi anda. Ini bagi membantu dan memudahkan doktor mengetahui punca masalah gigi serta rawatan yang sesuai untuk masalah gigi anda.
Elakkan Dari Penyalahgunaan Strip Pemutih Gigi
Strip pemutih gigi ni juga adalah salah satu faktor dan penyebab masalah kelemahan pada sel gigi. Terlalu kerap menggunakan gel atau strip pemutih gigi boleh menyebabkan gigi mudah sensitif dan boleh mandatangkan rasa ngilu ketika makan makanan panas atau sejuk.
Kurangkan Minum Minuman Berwarna Atau Makanan Asam
Selain mendapatkan rawatan profesional dari pakar ataupun penggunaan produk memutihkan gigi, ada cara lain untuk memastikan gigi kelihatan putih dan cantik. Elakkan dari mengambil minuman seperti kopi atau teh dan sebaiknya anda mengunakan straw jika mahu minum. Kaedah ini membantu menghindari minuman berkenaan melekat terus pada gigi anda.
Selain itu hindari juga dari mengambil asam seperti limau untuk memastikan elemen gigi sentiasa teguh dan kuat. Makanan seperti asam akan membuatkan sel gigi anda mudah rapuh dan ini akan menyebabkan gigi anda mudah gontak, goyang dan terus tertanggal dari gusi.
Cara Menjaga Kecantikkan Dan Keputihan Gigi
Bagi anda yang memakai braces atau kawat gigi tetapi ingin memiliki senyuman yang menawan, anda boleh cuba dapatkan braces atau kawat gigi yang berbagai warna mengikut citarasa anda yang banyak terdapat di pasaran sekarang. Tetapi anda juga harus meminta nasihat dari doktor terlebih dahulu.
Bagi yang telah memakai kawat gigi, pastikan anda menitik beratkan hal penjagaan dan kebersihan gigi bagi mengelakkan daripada bau mulut, kerosakkan gigi serta perubahan warna gigi dan sebagainya.
Berikut adalah beberapa tip untuk menjaga kecantikan dan keputihan gigi:
Berus gigi secara teratur setiap kali selepas makan bagi mengelakkan makanan melekat pada celah-celah gigi. Pastikan juga anda memilih berus gigi yang berbulu lembut selain menggunakan ubat gigi yang mengandungi florida. Berus gigi anda sekurang-kurangnya 4-7 minit agar dapat menyinkirkan bakteria pada gigi.
Gunakan benang gigi (dental floss) beberapa kali dalam sehari terutama untuk membuang makanan yang melekat di celah-celah gigi dan tidak dapat di capai oleh berus gigi. Proses menggunakan benang gigi ini mengambil masa sedikit bagi memastikan gigi benar-benar bersih dan segala kotoran yang melekat dapat di tanggalkan.
Berkumur dengan cecair pembersih mulut (mouth wash) untuk membunuh bakteria yang melekat pada gigi dan mulut. Ini adalah untuk mengelakkan mulut anda dari berbau.
Jauhi minuman bersoda atau minuman lain yang mengandungi karbon dioksida dan bersifat asid yang boleh menyebabkan plak di sekitar celah dan ruang gigi. Jauhi makanan yang keras atau kenyal seperti daging dan air batu.
Kunjungi doktor gigi secara rutin untuk melakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya satu kali dalam enam bulan. Begitulah Teknik dan Cara Menjaga Kecantikkan Dan Keputihan Gigi.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komentar:

Posting Komentar

Read more: http://madiuncool.blogspot.com/2011/12/cara-membuat-gambar-berada-di-pojok.html#ixzz2BXmODQbe