Suci Fatmawati
XIipa3
Jerawat selalunya muncul di muka, leher, dada dan juga di belakang
bahu di mana kalenjar minyak banyak dihasilkan. Anda boleh mengelakkan
jerawat daripada berlaku sekiranya anda mengikut tips-tips yang
diberikan. Baca apa yang boleh anda lakukan dan apa yang tidak.
1. Jangan cuci muka anda dengan berlebihan.
Kulit yang kotor tidak menyebabkan munculnya jerawat. Pembasuhan muka
yang terlalu kerap dan agak kasar akan menyebabkan muka anda menjadi
mudah luka dan sensitif. Malah boleh menyebabkan jerawat anda menjadi
lebih parah lagi. Sama juga dengan skrubs dan juga sabun yang mempunyai
kandungan kimia yang kasar. Sebaiknya, basuh muka terutama di tempat
yang banyak jerawat 2 kali sehari dengan sabun yang sesuai dan juga air
yang bersih.
2. Pilih sabun yang bebas minyak.
Sabun bebas minyak tidak akan tidak akan menyebabkan liang muka anda
tersumbat atau menyebabkan bintik hitam, jerawat mahupun bintik putih.
Pilih produk yang mempunyai label “oil-free”, “nonacnegenic” atau
“non-comedogenic”. Cuci muka anda dengan jari-jari anda.
3. Jangan takut untuk makan makanan kegemaran anda.
Ianya merupakan mitos di mana makanan yang berminyak dan juga cokelat
menyebabkan jerawat. Jerawat berlaku apabila liang-liang muka tersumbat
dengan minyak, sel-sel kulit dan juga bakteria yang menyebabkan
keradangan. Sekiranya terdapat jenis-jenis makanan yang menyebabkan
mudahnya pertumbuhan jerawat cuba elakkan makan makanan tersebut. Tetapi
anda tidak perlu menolak pizza dan juga cokelat untuk mendapatkan kulit
yang cantik.
4. Minum banyak air.
Minum air suam dengan banyak membolehkan kulit anda sentiasa
dihidrasikan. Juga makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan
sayuran yang kaya dengan vitamin A dan juga vitamin E. 2 vitamin yang
telah diketahui memberikan kebaikan pada kulit anda. Sayuran-sayuran
hijau dan berdaun seperti sawi dan juga brokoli adalah kaya dengan
vitamin E. Vitamin A pula boleh dijumpai di dalam buah-buahan dan
sayuran yang berwarna seperti lobak, buah pic dan sebagainya.
5. Jangan gunakan kosmetik yang berlebihan.
Terutamanya kosmetik yang banyak berasaskan minyak, elakkan. Macam
mana nak kenal pasti? Ikut panduan mudah ini. Kosmetik yang berkrim
biasanya akan menyebabkan liang kulit tersumbat. Kosmetik yang
berasaskan mineral biasanya ringan dan seperti bedak berkemungkinan
lebih rendah untuk menyebabkan liang kulit tersumbat. Sebelum dan
selepas anda ‘make-up’ pastikan anda membasuh muka anda.
6. Jangan biarkan diri anda berjemur di bawah terik matahari.
Ianya merupakan mitos yang berjemur atau tanning mampu membersihkan
muka anda. Secara faktanya sinar UV mampu menyebabkan kulit anda
berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan juga berkedut. Dan
juga terdapat produk jerawat seperti retinoid topikal menyebabkan kulit
anda menjadi lebih sensitif selepas anda menjemur diri anda.
7. Gunakan ‘Sunscreen’ bebas-minyak
Gunakan ‘sunscreen’ atau pelembab yang mempunyai ‘sun protection
factor’ (SPF) 15 ataupun lebih tinggi yang menyediakan perlindungan
meluas daripada sinaran ultraviolet (UV A) dan juga UV B. Cari produk
yang dilabelkan ‘non-comedogenic’ yang tidak menyumbatkan liang kulit.
Pakai pada setiap 2 jam.
8. Pastikan rambut tidak menutupi bahagian muka anda.
Sekiranya rambut anda panjang, pastikan rambut anda diikat supaya ia
tidak menjadikan jerawat lebih anda lebih teruk terutama pada waktu
siang. Ingat rambut juga mempunyai minyak yang juga boleh menyumbat
liang kulit muka anda. Walaupun anda tidak menggunakan apa-apa produk
rambut.
9. Jangan sentuh muka anda.
Sentuh atau meraba muka anda menyebabkan jerawat anda menjadi lebih
teruk. Berpeluh juga sama, pastikan anda membasuh muka anda selepas anda
berpeluh.
10. Jangan picit jerawat anda!
Sekiranya anda melakukannya ianya bukan sahaja membuat ia bertambah
teruk malah ia boleh meninggalkan parut. Cuba tahan apabila anda mula
nampak jerawat anda mula tumbuh. Terdapat alat yang boleh anda memicit
jerawat tersebut. Itu pun selepas jerawat tersebut sudah masak. Di mana
anda boleh lihat jerawat anda kekuningan.
0 komentar:
Posting Komentar